connect. communicate. control.

Laman web Comtrol, http://www.comtrol.com/, menyediakan maklumat produk yang terperinci untuk jurutera dan pengurus teknologi yang bertanggungjawab menentukan penyelesaian kesambungan. Alat pelanggan di lawan web kami terdiri daripada contoh-contoh aplikasi, muat turun perisian dan Kedai Comtrol . Produk Comtrol boleh dibeli dalam talian dan melalui pengedar kami di serata dunia. Untuk mencari pengedar berhampirantempat anda yang menyokong bahasa ibunda anda, sila lawati: http://www.comtrol.com/buy-now/distributors/asia atau http://www.comtrol.com/buy-now/distributors/europe

Sokongan teknikal secara langsung dalam Bahasa Inggeris disediakan melalui telefon dari 8am hingga 6pm CST. Bantuan untuk memilih dan membeli produk kami yang beraneka jenis boleh didapati dalam talian 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Comtrol Corporation merupakan penyedia global peranti memboleh rangkaian yang mempunyai pengalaman lebih daripada 25 tahun. Produk utama Comtrol yang terdiri daripada DeviceMaster®, pelayan peranti bersiri-hingga-Ethernet atau Ethernet bersiri-hingga-industri, dan RocketPort®, kad bersiri pelbagai port dan penyesuai antara muka boleh ditemui dalam banyak aplikasi di serata dunia. Produk inovatif lain daripada Comtrol ialah perisian hospitaliti Lodging Link®, yang memberikan teknologi antara muka universal yang mencipta komunikasi tanpa sempadan antara sistem pengurusan harta hotel (PMS) dan sistem perkhidmatan tetamu seperti penerangan panggilan (call accounting), kemasukan tanpa kunci, PBX (Pertukaran Cawangan Persendirian), mel suara, dll.

Kami komited dalam memberikan kesambungan yang boleh dipercayai, boleh suai dan mampu dimiliki bagi:

  • Pengautomatan Industri untuk Sistem Lantai Kilang Tersambung PLC (Pengawal Logik Boleh Program)
  • Teknologi Insfratruktur Trafik dan Pengangkutan
  • Aplikasi Kerajaan dan Ketenteraan
  • Antara Muka Perisian Hospitaliti
  • Penambahan Port Bersiri Sistem Pejabat

Bersambung. Berkomunikasi. Mengawal. dengan Comtrol!

Kami menjemput anda untuk mengunjungi laman web kami untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang penyelesaian perangkaian peranti kami. Apabila anda melawat laman web kami, semua isi kandungannya ditulis dalam Bahasa Inggeris. Selain daripada itu, semua urusan surat-menyurat juga perlu dibuat dalam Bahasa Inggeris.

Sila klik di sini untuk melawat laman web kami!

Dasar Privasi Comtrol | Syarat-syarat Penggunaan | Garis Panduan Cap Dagang dan Logo | Hubungi Kami | Indeks Laman
Comtrol Serial to ethernet - Thailand Site   Comtrol Serial to ethernet - Italian Site   Comtrol Serial to ethernet - Chinese Site   Comtrol Serial to ethernet - Portugese Site   Comtrol Serial to ethernet - French Site   Comtrol Serial to ethernet - Brasilian Site   Comtrol Serial to ethernet - German Site   Comtrol Serial to ethernet - Taiwanese Site   Comtrol Serial to ethernet - Japanese Site   Comtrol Serial to ethernet - Spanish Site   Comtrol Serial to ethernet - Korean Site   Comtrol Serial to Ethernet - Korean Site   Comtrol Serial to Ethernet - Korean Site   Comtrol Serial to Ethernet - Malay Site   Comtrol Serial to Ethernet - Swedish Site   Comtrol Serial to Ethernet - Turkish Site   Comtrol Serial to Ethernet - Russian Site   Comtrol Serial to Ethernet - Arabic Site   Comtrol Serial to Ethernet - Hebrew Site   Comtrol Serial to Ethernet - Hindi Site  
Hantarkan sebarang komen atau pertanyaan tentang laman web ini kepada webmaster.